Wednesday, 1 July 2015

Rumusan kaedah fiqh pertama: Segala Urusan Berdasarkan Niat

No comments:
Kesimpulannya, kaedah fiqh pertama iaitu "Segala Urusan Berdasarkan Niat" merupakan perkara asas yang sangat penting untuk difahami dan diaplikasikan oleh umat Islam dalam apa-apa jua bidang, termasuklah dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Melalui kaedah fiqh pertama ini, terbuktilah bahawa islam merupakan agama yang mempunyai cara sendiri dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Justeru itu, ilmu fiqh ini perlulah dikuasai oleh semua muslim sama ada pengusaha premis, rumah penginapan dan restoran. Kita hendaklah menuturkan niat yang lurus dalam melakukan sesebuah kerja agar setiap tindakan yang dilakukan tidak terpesong daripada lingkungan syarak. Jelaslah bahawa, agama islam ini adalah sebuah agama yang sering meraikan keperluan manusia dari semasa ke semasa termasuklah dalam bidang pelancongan.

No comments:

Post a Comment

 
back to top