Friday, 11 September 2015

Pengenalan

No comments:
Blog ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Dihasilkan oleh kumpulan 1:

Noorsah Vinnidah Binti Hamjah (27DUP14F2040)
Nooratika Binti Mohamad (27DUP14F2044)
Dayang Nur Syafinaz Binti Zamri (27DUP14F2024)
Mohammad Nazir Bin Alasah (27EUP14F2004)
Munir Haikal Bin Ahmad Munir (27EUP14F2008)
Muhammad Adziem Bin Mohd Said (27EUP14F2010)

Kelas DUP2B

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sandakan Sabah

disediakan untuk Ustazah Hasnida Binti Ibrahim

KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT

No comments:
          Kaedah ini memberi maksud kedudukan bagi setiap tindakan dan perbuatan seseorang adalah bergantung kepada niat dan tujuannya. Penilaian terhadap perbuatan manusia, sama ada baik ataupun buruk, dosa ataupun pahala adalah berdasarkan niat orang yang melakukannya.
          Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan baik walaupun tidak dapat ditunaikan tetap diberikan ganjaran baik oleh Allah SWT. Sebaliknya, seseorang yang pada zahirnya melakukan kebaikan, namun di dalam hatinya bukanlah seperti yang digambarkan pada perbuatannya, maka ini hanyalah sia-sia. 

Wednesday, 9 September 2015

Dalil Al-Quran dan Sunnah

No comments:





Allah berfirman lagi dalam surah al-Bayyinah:

Rasulullah SAW pula bersabda







Ayat al-Quran dan hadis yang telah dinyatakan di atas menjelaskan tentang kepentingan niat dalam melakukan sesuatu amalan. Oleh tiu , setiap perbuatan yang baik dan terpuji yang dilakukan oleh seseorang hendaklah disertai dengan niat ikhlas agar mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

Thursday, 3 September 2015

Aplikasi Kaedah Pertama dalam Bidang Pelancongan dan Hospitaliti

No comments:
Aplikasinya merangkumi yang berikut :

  1. Jika tujuan seseorang yang melancong atau melawat ke sesuatu tempat adalah untuk melihat ciptaan dan memikirkan keagungan Allah SWT, maka dibolehkan untuk jamak dan qasar. Sebaliknya, jika seseorang yang melancong berniat untuk melakukan maksiat, maka dia tidak diberikan kelonggaran untuk qasar dan jamak.
  2. Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata untuk melancong dan bukanlah kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
  3. Pembinaan hotel atau tempat penginapan demi kemudahan pelanggan akan diberi ganjaran. Sebaliknya, pembinaan untuk memberi peluang seseorang untuk melakukan maksiat akan diberikan dosa oleh Allah.
  4. Harus membawa pelancong yang beragama Islam melawat ke rumah ibadah agama lain bukan untuk membesarkan rumah ibadat tersebut.
  5. Menyembelih binatang kerana Allah adalah halal dimakan, tetapi sekiranya bertujuan untuk melepaskan sesuatu hajat, hukumnya haram untuk dimakan.

Tuesday, 1 September 2015

Video/Gambar?Artikel berkaitan dengan Kaedah Fiqh

No comments:
Artikel

Bercampur niat dalam berzakat

Tarikh Disiarkan: 
30 Dec, 2011
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
ADAKAH salah andai saya meniatkan zakat pada akhir tahun ini untuk mendapatkan faedah dunia yang lain. Misalnya memperolehi rebat ke atas cukai pendapatan, mendapat hadiah atau cenderamata pembayaran daripada pihak institusi zakat dan sebagainya?
JAWAPAN:
Terima kasih kerana mengemukakan persoalan di atas. Tidak dapat dinafikan bahawa, sememangnya pada setiap tahun ada dua bulan yang menjadi 'bulan puncak' dalam kutipan zakat, iaitu pada bulan Ramadan dan juga bulan Disember.
Bulan Ramadan menjadi pilihan para pembayar zakat, justeru ramai orang ingin merebut pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang bersedekah dan berzakat pada bulan Ramadan.
Bulan Disember pula menjadi rebutan pembayar zakat kerana ia adalah waktu yang sesuai bagi menunaikan zakat dan memperolehi rebat atau pelarasan ke atas cukai pendapatan seseorang. Sebabnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya menerima pembayaran zakat yang dilakukan pada tahun semasa untuk rebat cukai pendapatan pada tahun berkenaan.
Seandainya seseorang terlewat menunaikan zakatnya sehingga masuk tahun hadapan (katakanlah 1 Januari 2012), maka ia sudah tidak boleh direbat lagi ke atas cukai pendapatan bagi tahun 2011.
Petikan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3): "Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib (zakat) dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu".
Dalam hal niat pula, sudah semestinya seseorang itu mestilah menjaga niat asalnya dalam berzakat hanya semata-mata sebagai memenuhi ibadah wajib lagi fardu kepada Allah SWT.
Apabila seseorang melakukan ibadah tetapi demi maksud atau atas niat yang lain daripada Allah SWT, hakikatnya dia telah meletakkan sesuatu yang lain lebih besar daripada Allah SWT. Sedangkan, perbuatan itu adalah ibadah. Hal ini pastilah menyalahi perintah agama.
Di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari daripada amirul mukminin Saiyidina Umar al-Khattab r.a, Nabi Muhammad SAW pernah menegaskan: Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niat; dan setiap orang akan mendapat sesuai dengan apa yang dia niatkan.
Oleh itu, seandainya seseorang membayar zakat demi mendapatkan rebat cukainya semata-mata, maka hanya itu sahajalah dia akan memperolehinya. Sedangkan, sepatutnya dia juga turut memperolehi pahala yang bakal dibalas syurga di akhirat kelak. Inilah mafhum kepada hadis di atas.
Namun begitu, fuqaha memang ada membicarakan perihal niat dalam beramal. Di sisi Imam al-Ghazali menyatakan: "Jika seseorang melakukan amalan dan jika niat atau tujuan keduniaannya lebih menonjol, maka rosaklah pahala amal itu. Jika niatnya jelas untuk ibadah (ikhlas), maka amal itu diterima. Jika bercampur niat keduniaan dan niat ibadah dalam sesuatu amal, maka ia tidak memperolehi pahala".
Pada sisi Imam Abu Ja'afar at-Tobari pula: "Ia dilihat kepada permulaan ibadahnya atau amalnya. Jika pada permulaan amal ia niatkan ikhlas kerana Allah, maka amal itu tidak dirosakkan dengan percampuran niat selepas itu kerana niat dilihat pada permulaannya". (Fath al-Bari, cetakan al-Ahram Mesir, tahqiq Syeikh Sayyid Saqr Jilid 2/16)
Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa, sesuatu amalan itu hendaklah dilakukan dengan niat hanya semata-mata kepada Allah, khususnya pada awal perbuatannya.
Rebat cukai
Kemudian, jika ada niat sampingan yang lain - misalnya mendapat hadiah atau rebat cukai - maka ia hendaklah dikemudiankan. Berdasarkan pandangan ulama, ia tidak akan merosakkan amalan tersebut, melainkan jika seseorang itu lebih mengutamakan niat sampingan berbanding niat ibadah kepada Allah SWT.
Hal ini disamakan seperti seseorang yang mengamalkan puasa sunat dan dalam masa yang sama, mereka berniat atau berhajat mendapatkan kesihatan yang baik dan dapat menurunkan berat badannya.
Maka, selagi mana orang berkenaan mendahulukan Allah SWT, insya-Allah dia akan mendapat pahala di samping beroleh faedah dunia, yakni kesihatan yang baik dan badan yang ramping.
Walau bagaimanapun, hendaklah difahami bahawa di sisi agama Islam, zakat adalah amalan yang dikategorikan sebagai hukum taklifi. Ia adalah fardu dan wajib.
Amalan fardu lagi wajib ini, pengertiannya menurut syariah, apabila menunaikannya mendapat pahala dan jika meninggalkannya mendapat dosa.
Maka, sesiapa sahaja yang menunaikan zakat, sama ada atas niat mahu mendapatkan rebat cukai atau apa-apa sahaja, hakikatnya dia masih tertakluk kepada hukum asal zakat - yakni berpahala mengerjakannya dan berdosa meninggalkannya.
Namun, sama ada benar-benar mendapat pahala atau tidak, ia adalah urusan Allah SWT. Apa yang penting, jika ibadah zakat ditunaikan berbetulan dengan syarat dan rukunnya, ia tetap sah dan mudah-mudahan ia berpahala.
Oleh itu, adalah lebih molek sekiranya kita mengikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah. Sama ada terpaksa atau rela, ia adalah kewajipan kita. Maka, menunaikannya dengan niat sepenuh hati mentaati hukum dan perintah Allah SWT adalah lebih baik dan dipandang terpuji lagi mulia di sisi Allah SWT.
Seorang fuqaha pernah mengungkapkan: "Tiada siapa yang boleh memberitahuku sama ada semua amalan itu diterima pada timbangan amalanku, dan adakah ia diterima di sisi Tuhanku? Allah telah berfirman (yang bermaksud): Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa. (al-Maidah: 27)
Kesimpulannya, utamakan berzakat kerana mentaati perintah Allah, kemudian rebutlah segala manfaat sampingan yang ditawarkan.
Insya-Allah, kita akan beroleh pahala dan amalan itu sah di sisi Allah SWT. Wallahu a'lam.
Makluman: Artikel ini dipetik secara langsung dari akhbar Utusan Malaysia Online pada 30hb Disember 2011.
 
back to top